banner

Sejarah PABM

Pertandingan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa (PABM) ditubuhkan untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, ilmu dan budaya pada peringkat global. Lebih daripada sekadar pertandingan, PABM berfungsi sebagai wadah yang menghimpunkan peserta dari seluruh dunia untuk menyampaikan pidato dalam bahasa Melayu dengan penuh kecemerlangan dan keyakinan.
Penganjuran PABM telah diluluskan oleh Jemaah Menteri Malaysia pada tahun 2006, dan julung kalinya dilaksanakan pada tahun 2007 sebagai Piala Timbalan Perdana Menteri. Pada tahun 2012, pertandingan ini telah dinaik taraf kepada Piala Perdana Menteri, sekali gus memperkukuh prestijnya pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sejak tahun 2017, PABM diadakan secara dwitahunan dengan universiti awam terpilih dilantik sebagai tuan rumah rasmi. Pendekatan ini memperkukuh peranan institusi pengajian tinggi dalam menyokong usaha pengantarabangsaan dan pemerkasaan bahasa Melayu.
 

Objektif

Satu hala tuju yang jelas bagi memacu visi dan impak PABM.

Untuk mengangkat bahasa melayu ke persada antarabangsa
Memupuk penghargaan global terhadap bahasa dan budaya melayu
Melahirkan budaya pemimpin belia yang berkeyakinan, dan berfikiran global

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN

6 April 2026

  • 00Hari
  • 00Jam
  • 00Minit
  • 00Saat

Penganjur Utama

Dengan Kerjasama