Soalan Lazim

PERTANYAAN

Apakah Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri?

Ia merupakan pertandingan pidato bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan peserta dari dalam dan luar negara bagi memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan komunikasi global.

Apakah bahasa yang wajib digunakan?

Semua pidato mesti disampaikan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu.

Apakah kriteria pemarkahan yang digunakan?

Penilaian dibuat berdasarkan:

  • Kandungan dan keaslian idea
  • Penguasaan Bahasa Melayu
  • Gaya penyampaian Keyakinan dan karisma
  • Pengurusan masa
Adakah penginapan dan pengangkutan disediakan?

Penganjur lazimnya menyediakan kemudahan asas bagi peserta antarabangsa seperti:

  • Penginapan
  • Pengangkutan rasmi program
  • Makanan sepanjang acara

*Tertakluk kepada pakej jemputan dan ketetapan semasa.

Bagaimanakah pemenang ditentukan?

Pemenang ditentukan berdasarkan jumlah markah keseluruhan oleh panel hakim profesional. Keputusan panel adalah muktamad.

Apakah hadiah yang ditawarkan?

Hadiah yang ditawarkan lazimnya merangkumi:

  • Piala Pusingan Perdana Menteri
  • Wang tunai Sijil penyertaan / kemenangan
  • Cenderamata rasmi
Adakah terdapat yuran penyertaan?
Tiada yuran penyertaan dikenakan bagi setiap kategori.
Adakah pertandingan ini dijalankan secara dalam talian atau bersemuka?

Hanya pusingan ⁠saringan berjalan secara dalam talian. Peserta yang melepasi saringan sahaja akan bertanding secara bersemuka di Malaysia.

Apakah dokumen sokongan yang diperlukan bagi melengkapkan proses pendaftaran rasmi peserta?

Sila rujuk di pautan borang pendaftaran: Borang Pendaftaran

Siapakah yang layak menyertai pertandingan ini?

Pelajar Ijazah pertama atau pasca siswazah yang aktif di institusi pendidikan tinggi dan berusia dibawah 40 tahun layak untuk menyertai mengikut takrifan kategori.

Siapakah yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut?

Boleh layari laman web official kami PABM 2026 atau hubungi emel kami pabm@unikl.edu.my

Sebagai peserta dari Malaysia, adakah saya perlu melalui pemilihan wakil Malaysia?

Ya, mana-mana peserta yang berwarganegara Malaysia perlu melalui pemilihan wakil Malaysia.

Apakah markah lulus untuk melepasi saringan?

Ya, bagi saringan Antarabangsa dan Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM), tiga segmen akan dinilai iaitu temubual, kefahaman dan pidato. Peserta perlu lepasi markah kumulatif sekurang-kurangnya 70 markah bagi membolehkan untuk disenarai pendekkan ke pusingan awal. Dari senarai Pendek yang tersebut, hanya 20 peserta terbaik akan layak ke Pusingan Awal.

Adakah pemakaian juga diambil kira sebagai markah oleh panel juri.?

Markah bagi Etika adalah melibatkan penilaian Pakaian dan tingkah laku yang sopan dan menarik sepanjang berpidato. Peserta dikehendaki berpakaian sopan. Peserta juga digalakkan berpakaian tradisi dari negara masing-masing.

Berapakah tempoh masa bagi setiap pidato?

Setiap peserta diberikan tempoh masa 5-7 minit mengikut setiap pusingan dan kategori

Sekiranya saya merupakan pelajar warganegara Brunei yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti di Malaysia, adakah saya layak menyertai kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM)?

Tidak. Pelajar yang merupakan warganegara Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, dan Brunei Darussalam akan dikategorikan di bawah Kategori Alam Melayu, walaupun mereka sedang melanjutkan pelajaran di luar atau di mana-mana negara termasuk Malaysia.

Bersedia Menggegarkan Pentas Dunia?

Daftar sekarang dan rebut peluang untuk beraksi di pentas antarabangsa.